4.3 BERWUDUK
HANNAH |
"Kawan-kawan! Tolong Hannah. Hannah nak tahu kenapa kita ambil wuduk."
USTAZAH KHAIRIAH |
"Hah, Hannah kenapa tu?"
HANNAH |
"Eh, ustazah! Ustazah, boleh tak Hannah nak tanya?"
USTAZAH KHAIRIAH |
"Boleh.. Hannah nak tanya apa?"
HANNAH |
"Ustazah, kenapa kita perlu berwuduk?"
USTAZAH KHAIRIAH |
"Kita perlu berwuduk untuk solat, menyentuh al-Quran dan tawaf."
HANNAH |
"Oh... Kalau tak berwuduk, kita tak boleh solatkah ustazah?"
USTAZAH KHAIRIAH |
"Ya, betul tu. Kita mesti berwuduk dulu sebelum solat."
HANNAH |
"Berwuduk tu apa ustazah?"
USTAZAH KHAIRIAH |
"Berwuduk ialah perbuatan membasuh atau menyapu anggota tertentu dengan air mutlak yang dimulakan dengan niat."
Jom tiru Upin Ipin ambil wuduk!
Carta Alir
⇩
⇩
⇩
⇩
⇩
⇩
⇩
⇩
⇩
Video
LATIHAN PENGUKUHAN
Nomborkan gambar mengikut tertib wuduk yang betul.
Murid juga boleh menjawab kuiz wuduk secara atas talian. Klik link di bawah untuk sertai kuiz.
LINK: QUIZZIZ WUDUK
Disediakan oleh: SITI KHAIRIAH BINTI HASSAN
Comments
Post a Comment