Posts

SEKAPUR SIREH

Selamat datang ke blog paipendidikankhas! 💘 Penulis blog ini terdiri daripada tiga orang siswi pendidik PPISMP ambilan Jun 2019 IPG Kampus Perempuan Melayu, iaitu:  1. Azwidah Fahimah binti Ramli 2. Nurul Fakhriah binti Muhammad 'Ariff Fadhillah 3. Siti Khairiah binti Hassan Tujuan blog ini dibuat adalah untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Kemahiran Belajar bagi semester 1 PPISMP di IPG Kampus Perempuan Melayu.  Segala penyediaan dan sumber penulisan blog adalah daripada sumber yang sahih dan tiada unsur plagiat.  Bagi setiap subtopik, seorang ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menyiapkannya menggunakan kreativiti sendiri. Bahan grafik seperti gambar dan video diambil daripada internet, buku rujukan dan hasil tangan sendiri. RUJUKAN Azlan Muis, Mohd Fadzil Sulaiman, & Arbiatul Alawiyah Zainal Abidin. (2016). Buku teks Pendidikan Islam (Masalah Pembelajaran) Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.   Azlan Muis, M...

DSKP

PENGENALAN KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Pendidikan Islam bersifat holistik, selaras dengan yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan; ....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada: i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti iii susunan aktiviti; dan iv bahan bantu m...

4.3 BERWUDUK

Image
HANNAH "Kawan-kawan! Tolong Hannah. Hannah nak tahu kenapa kita ambil wuduk." USTAZAH KHAIRIAH "Hah, Hannah kenapa tu?" HANNAH "Eh, ustazah! Ustazah, boleh tak Hannah nak tanya?" USTAZAH KHAIRIAH "Boleh.. Hannah nak tanya apa?" HANNAH "Ustazah, kenapa kita perlu berwuduk?" USTAZAH KHAIRIAH "Kita perlu berwuduk untuk solat, menyentuh al-Quran dan tawaf." HANNAH "Oh... Kalau tak berwuduk, kita tak boleh solatkah ustazah?" USTAZAH KHAIRIAH "Ya, betul tu. Kita mesti berwuduk dulu sebelum solat." HANNAH   "Berwuduk tu apa ustazah?" USTAZAH KHAIRIAH   "Berwuduk ialah perbuatan membasuh atau menyapu anggota tertentu dengan air mutlak yang dimulakan dengan niat." Jom tiru Upin Ipin ambil wuduk! ...

4.1 AIR MUTLAK

Image
AIR MUTLAK   ➤Pengertian Air Mutlak    ↪Air yang suci dan menyucikan  Sifat-Sifat Air Mutlak 1. Air yang semulajadi  2. Air yang bersih dan belum digunakan 3. Air yang tidak bertukar bau, warna dan rasa apabila benda lain dimasukkan ke dalamnya                            Contoh-Contoh Air Mutlak          Air Hujan                Air Laut                Air Perigi                                       Air Salji                     Air ...